Saturday, April 23, 2011

Outing bersama 3 serangkai

Hari ni kitorang da abes paper RIM. YEAY!!! Da free.. Abes je exam terus keluar pegi book fair kat PWTC. Seronok tapi rasa nak tercabut kepala lutut. Penat sangat. And yang pastinya dekat sana sangat crowded. Orang penuh sangat. Pack macam sardin.  Yang paling tak tahan. Jalan2 je mesti jumpa orang yang kitorang kenal.

Pertama sekali, sampai2 je kitorang masuk dekat karangkraf. Dalam tu jumpa Tun Mahathir. Sambut ulangtahun Nona rasanye. Aku yang agak tinggi ni memang tak berapa nak nampak la beliau. Sume orang berebut2 berdiri depan aku. Bagila chance sikit kat aku. Haissssssh. Nampak sipi2 pun jadi la. Dalam tu, aku,syila ngan seha memang tak beli ape2 la. Tak ada pulak yang menarik minat. Padahal ade je novel yang murah gile. 60% discount weyh. Bayang jela brape harga die. Tapi kegilaan aku terhadap novel melayu da berkurang. Ceh. 

Kesudahannya, satu ape pun aku tak beli. Last2 kitorang bertiga amik gambar je keje while tunggu  aina ngan fatin memborong segala yang ada.

dalam kesempitan masih ada ruang untuk bergambar^^

bersama roomate a.k.a mak. mak yang mengajar aku membeli barang2 yang matang buat pertama kali nya.
apakah???? jeng.jeng.jeng. =D

bersama kakak angkatku yang mak jumpa bawah jambatan. hehe..
saje pegang majalah wanita. ingin ditegaskan disitu aku seorang wanita. aceeeeeeeeeyh. =))

kesesakan yang melanda yang memeningkan kepala. #_#

gambar keluarga besar kami secara formal. cuma ayah je tak de. hehe
dari kiri:makcik aina, makcik fatin, mak, seha unnie (haha.geli pulak aku) dan akhir sekali anak mak yg comel.

sekali lagi gambar keluarga yang tidak formal. mesra gituuuu ^^
mak, ayah mana? kat bandar ke??.. city boy?????? hehe

3 serangkai. anak beranak. keluarga bahagia. pendengar setia. ^_^

makcik aina dan makcik fatin amik gambar dari arah belakang.
comel ^^

aku ngan mak nak jugak amik gambar macam makcik2 tu!!!
tapi mak.... asal gambar kite pelik sangat? siap macam ada hantu lagi antara kita. haha
adakah kerana kecomelan kita terserlah disitu?? hahaha

kami siap jumpa sharifah shahira lg. tp kat belakang tu bukan kami la. sebab kalo nak amik gmbar ngan die kena beli majalah jelita dulu. alaaa...... buat ape abeskn duit tuk amik gambar ngan sharifah shahira??? syarifah nazira kan ade.. hehehe.. amik gambar ngan die pun berbaloi jugak ape.



akhirnya setelah penat menjelajah dalam PWTC tu.. aku jumpa satu buku ni yang aku memang nak beli sangat.
masa aku jumpa buku ni.. tinggal 1 je lagi kat rak. memang laju2 amik. aku nak sangat baca sebab ade sorang ni cakap kat aku yang die da baca. siap apply lg kot. tapi bile orang tanya ape yg buku tu cakap die suruh pulak kite baca sendiri. takpe2.. sekarang aku da beli. nanti da abes baca aku tau la.. =))



Akhir sekali aku rasa gembira sangat dapat keluar hari ni. sebab aku da jumpa buku tu. haha.. Di samping dapat meluangkan masa bersama family 3 serangkai aku. heeeee

4 comments:

Lah Fahmi said...

Gulp..


Sakan gila bejalan. mesti sambil bebel bebel.


Orang da baca the other version kot.

Pah Nazira said...

tolong sikit ok!! bebel2 mana main. orang cakap je :P

ceh.. laju gile die ni. kata malas membaca. takpe2.. nanti da abes baca yang ni orang beli la yang lain..

S H A F I Q A H said...

alah. aku jumpa yang malay version kott buku tuh :)

Pah Nazira said...

piqah.. malay version x best. mesti ayat geli punya.. geli3..