Tuesday, April 5, 2011

5 atau 6 APRIL???

MUET speaking test, ape dah jadi?? 
3 minggu sebelum test da tengok slip and tarikh speaking test adalah 6 APRIL 2011. Slip ni kena lah print. Tapi aku malas nak print awal2. Jadi, dua tiga hari ni semangat la aku study english, practise speaking sekali. Then, petang tadi aku pun pegi  bilik jiha nak print sebab esok kan ade test. Jadi aku pun bukak la laman web MPM untuk print slip. Sebelum bukak lagi da rasa berdebar2. Sebab takut aku tersalah tengok tarikh. Tapi dalam hati, "tak kan nye salah tengok". Tapi lepas bukak alangkah terkejutnyaaaaaa.. Tarikh speaking test tertera 5 APRIL 2011. WHAT IS THIS???? Dengan terkejutnya aku mula nak ingat tarikh hari ni. Hari ni la 5 APRIL. Sepatutnya hari ni la test aku. Pukul 11. And time tu aku tengah bergembira dengan syila and seha dalam kelas RIM. Ya Allah sedihnya.. Kenapa la aku cuai sangat. Tapi aku tak nangis oh. Well.. tough kan.. Tapi sampai je bilik, terus call piqah. And tak pasal2 kena dengar piqah bebel2. Dia cakap aku ni daripada dulu sampai skarang sama je. Buat kerja last minit and lepas tu mula la dapat problem macam ni. Nak buat macam mana???? Aku sendiri tak tau kenapa aku macam ni. And masa ni mula la nak menangis and bertambah teruk bila syila masuk billik. Bukan nak kesian kat aku, gelakkan aku ada lah. It's okay.. Semuanya pasti ade hikmah kan??? Even tak nampak lagi ape hikmah nye. Yang nampak duit 60 ringgit melayang-layang. Tapi manalah tau kalau aku pegi test tu, orang lain tak dapat cakap kan?? Aku sorang je yang cakap. *bajet.. Tak pun kalo amik test lagi skali dapat band 6 ke kan??? hehe.. Hmm.. Macam mana lah bole salah tengok jadual kan. Baru aku paham macam mana classmate aku sem 1 dulu bole terlepas exam physics. Dulu punyalah aku pelik dengan die. Exam pun boleh salah tarikh ke? Tak kan tak prepare awal2? Heyy.. Orang macam ni memang tak bertanggungjawab. OK. Skarang aku dah paham. Tula, lain kali jangan nak mengata orang. Skarang diri sendiri jadi macam tu. Pengajarannya, jangan suka buat kerja last minit and jangan senang2 je nak mengata orang. 

3 comments:

Lah Fahmi said...

"Tarikh speaking test tertera 5 APRIL 2011. WHAT IS THIS????"



p/s: Semoga makin tough tau dan selamat maju jaya 4 this coming MONDAY ok.

Pah Nazira said...

:D okay.. thank you.. doa orang tau.

S H A F I Q A H said...

eh bukan banyak ke aku bebel. asal highlight yang tu jeee. HAHAHA