Saturday, October 30, 2010

Let's learn to stop sighing

Hari ni, aku belajar something. Aku belajar untuk tak selalu mengeluh. Even agak susah untuk aku.
Aku perasan, aku ni selalu sangat mengeluh. Nak2 lagi bila ada problem. Rasa macam problem aku tu adalah problem terbesar kat dunia ni yang akan mengancam keselamatan dunia and tak ade orang lain yang penah rasa. Dan pastinye aku sangat kecoh and gelabah. Arrghh.. Sengalnye.. Tak cool
langsung oh. Please larrr..


Hmm..


Hari ni jugak, something yang aku dengar da buat aku sedar. Something yang buat aku rasa sedih
sangat. Something that happened to one of my relatives that rather close to me. Aku dapat tau cousin
yang agak rapat dengan aku kena kanser otak. Serius sedih. Bila dengar tu tak tau nak kata ape la. Aku
harap family die dapat terima semua ni ngan tenang. Nak2 lagi isteri die and of course anak2 die. Tiya
sayang gile kat korang..



Sekarang aku sedar yang orang lain ade masalah yang lagi besar daripada aku. Setakat masalah aku
ngan schedule, group, duit scholarship masuk lambat, exam and macam2 la yang remeh temeh tu hanya
sekadar perkara yang sangat tah pape. Macam masalah ape je nak pk sangat. Itu pun semangat aku nak
bengang2 ngan sume tu, rasa macam hidup aku ni tak abes2 ngan masalah. Semua ni sebab bile aku
tengok kawan2 aku dengan mudah je dapat buat sume tu. Tak de masalah macam aku. Aku bandingkan
diri aku dengan orang yang lebih senang dari aku. Tapi tak pernah tengok orang yang lebih susah
daripada aku. Sekarang  bile sumenye jadi betul2 pada orang yang agak rapat dengan aku, aku dah
nampak dengan jelas. Kite tak patut bandingkan diri kite dengan orang yang lebih senang dari kite tapi
bandingkan dengan orang yang lebih susah. Mesti kite akan rasa bersyukur sangat kat Allah sebab kite
tak diberikan masalah2 yang mungkin tak mampu kite nak tanggung. Bile kite bersyukur dengan ape yang
jadi kat kite and ape yang kite ade mesti kite akan rasa hidup ni best kan??



Kesimpulannya, sekarang ni aku akan cuba berubah untuk tak mengeluh lagi. Harap2 bolehla. Korang
sume tolong aku eh. :))) Jadi marilah kite sama2 tak mengeluh lagi dengan masalah2 yang kite ade and
cuba untuk senyum. Ceh.. Aku macam boleh je. Nanges bole la kot.. Heh.. Tapi aku akan cube jugak.
Fighting!!!! Ok.. Kalo ade masalah try untuk selesaikan and sentiasa ingat yang Allah tak kan bagi
masalah yang tak mampu ditanggung oleh hamba2nye. Jadi, kita boleh!! Yeah..



“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)







Ok. Ustazah da habis.. :))))




+ ps: thanks untuk kawan2 and die yang selalu mendengar keluhan2 I eh. (^_^)

Tuesday, September 28, 2010

MOOD : CUTI




HOHOHO. BEST gile.  Finally, exam abes pun. HAPPY SANGAT2!!!



Masa2 ni dah habis


Tapi berdebar pulak nak tunggu result. Yelakan masa nak exam aritu pun tak prepare sangat.

Paper fizik yang sangat sengal.

Rasa macam ada yang tak penah belajar pn kuar. Heh. Ke aku yang tak study.?!?!

Almaklum lah. Borak je keje.. HAISH

Sorry madam.





Ok. Stop pasal exam. Sekarang kan cuti. 

Jom masuk mood CUTI !!



taapi tanak cuti cam mr.bean


Dah 3 hari pun aku cuti. Tapi still tak buat ape2. Memang merapu je la kat rumah.

So, aku plan nak nak STUDY. Study ok??





Study NOVEL. hehehe. Aku takla serajin tu.

Tapi tak tau la asal. Bila aku bukak je terus ngantuk.

So, aku plan nak khatamkan koleksi cite2 KOREA yang best.



HAISH. Memang tak berganjak la kalo da tengok cite2 ni.

Nak feeling2. HAHA. Ngada2.

Sekarang ni baru abes tgk 100 DAYS WITH MR.ARROGANT.

OK la cite ni. As usual SWeeT.

And currently, I'm on my way to finish PERSONAL PREFERENCE.

InsyaAllah.. Banyak lagi abes nanti. heee

Part yang paling best cuti ni.....

I'm going to SINGAPORE with my best buddy. Weeee

Dapat la I nak release tension.

Ok. Pas tu I nak balik ACEH ok.

Sorang-sorang. To be note SORANG2 ok. HAISH. Takut plak.

Dah la tak pernah gi memane sendiri2. This is going to be my 1st time.

Doakan I selamat and having a great holiday ok :)



Friday, September 17, 2010

SELAMAT TERBANG



Kepada semua KAWAN2 and especially AWAK yang akan terbang ke middle east

        Have a nice flight

           Korang belajar elok-elok ye

            Semoga pulang menjadi seorang doktor yang baik

           Jaga diri baik-baik

               Dan AWAK
                 ingat semua pesanan2 ye




                                                                   


Saturday, August 28, 2010

KENAPA MANUSIA KAHWIN?




HUHU... Tajuk ape ni?? dah gatal sangat nak kahwin ke? pukul 3 pagi pun boleh cite sal kahwin??
*mesti korang fkir cam ni en?*



HUH  *sigh*
aku pun tak tau la ape yg da jadi ngan aku ni. mungkin addicted sangat dengan novel kot? sampai cite2 sal kahwin ni..
x kesahla sebab ape2 pun...tapi aku memang nak cite sal kahwin ni. *penuh azam*



OK, Bismillahirrahmanirrahim..
Have u ever wondered kenapa orang kahwin?? ade  objektif ke kahwin ni?


1st answer:
mesti la..itu kan fitrah manusia. hidup berpasang-pasangan. cara yang halal adalah dengan berkahwin.
*oh. skema nya jawapan*



2nd answer:
ala.. macam2 sebab la kenapa orang kahwin. ade yg sebab pilihan keluarga, bercinta dulu.. yela dah kenal lama.. ade jugak tu,yang bermusuh pada awalnye pun akhirnya berkahwin.. and they live happily ever after..  THE END.. macam dalam novel or tv tu la..
*wow..banyak btul sebab ye*



3rd answer:
ala... da Allah tetap kan macam tu.. kita terima jela.. ade hikmahnya kenapa ditetapkan macam tu..
*ok, cannot argue more why man and woman marry each other. terima je ketentuan tu*



BAIKLAH.
Sekarang kita masuk pada topik utama. topik yg aku rasa nak sangat cite masa ni adalah KENAPA MASALAH WUJUD DALAM PERKAHWINAN??
matang gile oh topik. patutke budak umur 18 tahun cite topik2 cam ni? malaysia mengamalkan demokrasi. setiap orang ada hak bersuara. JADI, patutla aku nak cite topik ni en? en? en?




kadang2 bila tengok sekeliling dan lebih tepat bile baca novel.. selalu terfikir kenapa suami isteri kena bergaduh? best sangat ke bergaduh tu?SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT INIKAN PULA SUAMI ISTERI.
yela.. aku taula P.Ramlee cakap cam tu.. tapi macam mana pula yang tak berhenti2 gadoh? asyik nak buat drama je. kejap baik,kejap tak.
berdasarkan pengamatan dan pembacaan aku orang2 yang macam ni suka sangat buat drama depan anak2.
akhirnya anak2 yg stress.

                 



akhirnya nilah yg terjadi pada anak2 tu.
nak study pun tak bley asyik ingat masalah parents dorang yang x abes2
                                        






Yang ibu bapa ni sibuk fikirkan hal sendiri. macam mana pulak anak2 ni? dorang ni perlukan kasih sayang ibu bapa,perhatian drpd ibu bapa..
even anak2 tu buat tak tau je bile tgok drama(pergaduhan) dorang tu.. dalam hati sape yang tak sakitkan tngok parents sendiri ada masalah?? *emo gile oh aku ni*





cuba korang bayangkan.. *ok,take time to imagine*

kalaula esok budak tu nak exam. malam ni parents die bergaduh. tak ke benda tu akan affect emosi budak tu? macam mana nak study? nak jawab elok2.. dalam kepala otak da berserabut dengan masalah. dengan soalan exam yg SUBHANALLAH senang KOT.
*so,parents yg bermasalah jgn nak marah anak2 bila result mereka teruk eh!* AMARAN KERAS! daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.




Dan RENTETAN daripada itu.. *amik sastera la pas ni*
mesti banyak masalah yg ada dekat budak 2. keluar drpd rumah sesuka hati.
tak balik rumah. dah parents semacam je. memangla x gaduh. tp tak bertegur pun. ingat anak2 tak faham ke? *wah! sangat memahami la saya ni*






SO,kesimpulannya. tolong la kepada ibu bapa kat luar sana tu,ketepikan masalah korang tu..
cuba bertoleransi. kalo nak bergaduh sngt pn don't let your child know. INGATLAH, bila korang dah kawin dan dah ada anak, anak2 tu adalah lebih penting daripada diri sendiri. berkorban la sikit demi anak2. berikan kasih sayang pada dorang.jangan sampai 1 hari nanti dorang akan tuding jari pada ibu bapa sebab kelakuan bapa ibu tu sendiri.*asyik ibu je sebut dulu. sebut bapa plak. tak dela bunyi nak salahkan ibu je
dulu then baru bapa*









HAISH..
Jadi, aku bertekad nak jadi ibu/mak/ummi/mama/walidah yang terbaik untuk bakal anak2 aku. :D
INSYAALLAH.
so,anak2 aku tak rasa apa yang anak sesetengah orang rasa..


HOHO..
Jauh gile oh pikir..  Ala bukan salah pun kan nak fikirkan masa depan??


JADI nilah tekad pukul 5 pagi aku.

Sekarang da ngantuk. Nak sahur and kembali tidur.



SELAMAT BERPUASA SEMUA. even da lambat nak wish jugak